//ketawa.blog

koleksi bahan ketawa

Learn Chinese in 5 minutes

leave a comment »

That’s not right…
Sum Ting Wong

Are you harboring a fugitive?…
Hu Yu Hai Ding?

See me ASAP…
Kum Hia Nao

Stupid Man…
Dum Gai

Small Horse…
Tai Ni Po Ni

Did you go to the beach?…
Wai Yu So Tan?

I bumped into a coffee table…
Ai Bang Mai Ni

I think you need a face lift…
Chin Tu Fat

It’s very dark in here…
Wai So Dim?

I thought you were on a diet…
Wai Yu Mun Ching?

This is a tow away zone…
No Pah King

Our meeting is scheduled for next week…
Wai Yu Kum Nao?

Staying out of sight…
Lei Ying Lo

He’s cleaning his automobile…
Wa Shing Ka

Your body odor is offensive…
Yu Stin Ki Pu

Written by burnz

May 7, 2008 at 1:47 pm

Posted in Kelakar

Tagged with

Hujan Di Tengah Sawah

leave a comment »

Awan semakin gelap, mendung yang sarat berarak menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Lebai Seman menyuruh Hayati segera mengemas bekas berisi kuih dan minuman supaya mereka dapat pulang sebelum hujan turun.
Read the rest of this entry »

Written by burnz

April 27, 2006 at 12:19 pm

Posted in Cerita 3X

Dialog antara lembu dan ayam

leave a comment »

Ayam  : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam  : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam  : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam  : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam  : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Written by burnz

April 27, 2006 at 11:22 am

Posted in Cerita

Suami tak paham maksud

leave a comment »

Pada suatu pagi, si isteri bertanya kepada suaminya….

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus…. Mana abang kenal isteri dia?

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:23 pm

Posted in Cerita

Peristiwa dibilik bersalin

leave a comment »

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow… Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.
 
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.
 
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3: Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di Four Season Hotel kot….
Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
 
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4: Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020…..

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:21 pm

Posted in Cerita

Satu ciuman untuk satu meter

leave a comment »

Disebuah kedai kain, seorang gadis cun tengah memilih kain. Disebelahnya terdapat seorang jurujual lelaki yang agak macho dan hensem. Setelah menemui kain yang sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganya…

Gadis cun : "Bang, kain yang ni berapa ringgit semeter?
Jurujual lelaki : "Cik adik manis punya pasal, semeter abang minta sekali cium aja."
Gadis cun : "OK, saya setuju… so, bagi saya 20 meter"

Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yang diminta dengan hati yang amat gembira. Setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kepada gadis cun dan menuntut bayarannya.

Gadis cun : "Nenek saya yang kat luar tu akan bayar…."

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:18 pm

Posted in Cerita

Makcik dari kampung

leave a comment »

Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si Makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Makcik, ini adalah lift"

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:17 pm

Posted in Cerita

Kapal terbang rosak

leave a comment »

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah…. Emak pengantin lelaki menasihati anaknya…."Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama….maka kamu harus kata …Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya…. "Nak….bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat….maka jawabnya….Lapangan terbang sudah sedia ".

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba….Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba….hatinya berdebar-debar….. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan "Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti tidak faham dan berkata "Saya penat bang …mari kita tidur." Si suami hampa….namun dalam hatinya berkata…"Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua"

Tiba malam kedua "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham …..kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar…dalam hatinya berkata…."Berita apa pula ini….Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun….tak ada kena mengena dengan saya." Kemudian dia berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ….janganlah baca surat khabar lagi….mari kita tidur " Si suami hampa lagi….tetapi dalam hatinya berkata "Tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga ….Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat…lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku….membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata …kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa…Si ibu berkata lagi…."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama….sepatunya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia….sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul"

Maka tiba malam keempat …..si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ….si isteri tertanya-tanya….bilakah gerangan si suami akan bertanya…..Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu lagi…..apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri….dengan muka yg masam menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK"

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:16 pm

Posted in Cerita

Malu sesangat

leave a comment »

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, "Cik… keluar lah… aper nak dimalukan… perkara biase jer nih."

Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."

Psychologist itu menambah, "Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!"

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, waaa!!!"

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:14 pm

Posted in Cerita

Kredit prabayar PERCUMA

leave a comment »

Bagaimana mendapat kredit prepaid secara PERCUMA!!!!

Cepat!! rakan-rakanku…. mari kita mencuba khas bagi yang memakai talian Celcom, Maxis, Digi dan lain². Selama nie kiter terpaksa membayar bill yang tinggi , sekarang nie how to reload your prepaid credit with FREE!!!!! Bagaimana cara mendapat kredit prepaid secara PERCUMA!!!!

Tekan 122,
Tekan 1,
Tunggu 10 saat,
Tekan 1555 dalam 1 saat,
Letak telinga pada handphone,
Dengar bunyi seperti line tak clear,
Tunggu bunyi selesai,
Sekiranya bunyi tiada lagi dalam 5 saat tekan 5,
Jika bunyi masih ada, tekan 6 Letak telinga pada handphone,
Tunggu ada suara operator yang kurang jelas, 5 saat selepas suara
itu tekan 5,
Kemudian masukkan nombor telefon anda (eg. 012-5555555),
Kemudian masukkan 4 nombor terakhir nombor telefon anda,
Kemudian masukkan 3 nombor pertama nombor telefon anda,
Selepas itu, tekan nombor 012(atau 013,016,010,019) secara terbalik,
Dalam bahasa lebih mudah tekan nombor 210,
Kemudian, tekan nombor 012(atau 013,016,010,019) secara tidak terbalik,
Dalam bahasa lebih mudah tekan nombor 012,
Letak telinga pada handphone,
Dengar bunyi seperti orang cina bercakap dan kurang jelas,
Tunggu bunyi selesai, tekan 777,
Selepas itu, kira sehingga 10 kemudian tekan #,
Sekarang letak telinga pada speaker kecil untuk ring tone di handphone,
Anda akan dapat mendengar sejenis ring tone yang pelik,
Selepas itu letak telinga pada handphone pula,
Anda akan mendengar kembali ring tone itu dalam versi yang kurang jelas,
Kira sehingga 10,
Kemudian letak kembali telinga pada handphone,
Anda akan mendengar seorang lelaki berkata "sedia",
Sediakan pen dan kertas,
dan tunggu lelaki itu menyambung percakapannya,
Lelaki itu akan memberi anda nombor,
Salin nombor itu,
Kemudian tekan nombor 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4,
Kemudian koyakkan kertas anda itu,
Kemudian bla bla bla bla, kalau kau dah baca sampai sini kau memang BENGAP!!!

Muakakakakakak…..Mana ada benda FREE dalam Dunia Nie hahahahahahahahahahhahaha

Written by burnz

April 14, 2006 at 5:13 pm

Posted in Cerita